Friday 2 December 2011

CONTOH SOALAN KATA NAMA


KATA NAMA AM / KATA NAMA KHAS

1.        1. Sebilah _______digunakan oleh Karim untuk menebas lalang di kebun bapanya.
A.       pisau                               C.   panah
B.       sabit                                                D.   panah

2.        2. Sekawan _______ terbang ke sarang pada waktu senja.
A.       lalat                                 C.   burung
B.       lebah                               D.   nyamuk

3.        3. Sebentuk _______ bertahtakan berlian dihadiahkan oleh abang kepada kekasihnya.
A.       cincin                               C.   subang
B.       rantai                              D.   loket

4.       4.  _______ merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.
A.       Gunung Jerai        C.   Gunung Tahan
B.       Gunung Angsi      D.   Gunung Kinabalu                                                                                                                                     

5.        5. Secubit _______ dimasukan ke dalam masakan asam pedas itu.
A.       cuka                                 C.   rempah
B.       garam                             D.   bawang

6.        6. Cikgu menggalakkan anak muridnya supaya pergi ______ selepas waktu sekolah.
A.       kantin                              C.  pejabat
B.       perpustakaan                  D.  pasaraya

7.       7.  _______ yang menghubungkan Kampung Parit dengan Kampung Pasir sedang dibaik pulih selepas dilanda banjir.
A.       Jejantas                           B.  Jambatan
B.       Jejambat                         D.  Lebuh raya

8.       8.  Emak menyuruh adik membeli _______ berwarna merah di kedai alatan menjahit.
A.       baju                                 C.   kain
B.       tikar                                 D.   benang

9.       9.  Tragedi pengeboman yang berlaku di Bali telah menyebabkan industry pelancongan Negara _______ terjejas.
A.       Brunai                             C.   Thailand
B.       Singapura                        D.   Indonesia

10.     10. Air Terjun Lata Kijang terletak di negeri _______.
A.       Johor                               C.   Melaka
B.       Perak                               D.   Pahang

11.     11. Pelbagai jenis haiwan boleh dilihat sekiranyan anda mengunjungi ________ yang terletak di Ulu Kelang.
A.       Zoo Negara                     C.   Istana Negara
B.       Muzium Negara              D.  Tugu Negara

12.     12. _______ merupakan kediaman rasmi _______ kita.
A.       Seri Rusa, Menteri Besar
B.       Seri Pentas, Perdana Menteri
C.        Seri Perdana, Perdana Menteri
D.       Seri Utama, Yang di-Pertuan Agong

13.     13. Sebuah _______ Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan telah terbabas dan terjunam ke dalam ________.
A.       kereta, gaung                  C.   lori, sungai
B.       motosikal, gaung            D.   van, sungai

14.    14.  Sebagai seorang _______, dia sentiasa sibuk sehingga tiada masa bersama keluarga.
A.       penyanyi                          C.   pelakon
B.       pelawak                          D.   pengarah


15.     15. Pada hujung minggu lalu, Zureen dan kawan-kawannya berkelah di _______ Port Dickson.
A.       pantai                              C.   tebing
B.       dataran                           D.   lurah

16.     16. ________ pertandingan bola sepak itu telah mengeluarkan kad kuning.
A.       Pemain                            C.   Hakim
B.       Pengadil                          D.   Jurulatih

17.    17.  ________ itu sedang menggayakan pakaian yang cantik di atas pentas.
A.       Peragawan                      C.  Peragawati
B.       Pramugari                       D.  Olahragawati

18.    18.  ________ mendung menandakan hujan akan turun.
A.       Awan                               C.   Langit
B.       Angin                               D.  Pelangi

19.   19.   _______ yang besar menyebabkan perahu nelayan itu karam di lautan.
A.       Air                                   C.   Pantai
B.       Gelombang                     D.  Angin

20.     20. _______ api di tepi khemah itu menyala sampai pagi.
A.       Timbun                            C.   Unggun
B.       Kayu                                                D.   Abu

21.     21. Mereka sedang membersihkan sarang ________ dib alai raya itu.
A.       labi-labi                           C.    labah-labah     
B.       kunang-kunang               D.   rama-rama

22.     22. Pak Hamid menemani cucunya bermain di _______.
A.       Taman main                   C.    taman pemain
B.       Taman permainan          D.   taman bermain


23.    23.  Pak Leman sering menyiram ________ di kebunnya pada waktu pagi agar sentiasa segar.
A.       tanah-tanih                     B.   sayur-mayur
B.       rumput-rumpai               D.   kayu-kayan

24.     24. “Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan nyanyian bolehlah mendaftarkan nama anda sekarang pada pihak urus setia,”        
             kata ________ itu.
A.       juruulas                           B.   jurucakap
B.       juruacara                         D.   jurulatih

25.   25.   Pasangan raja sehari itu bersanding megah di atas ________ yang serba indah.
A.       singgahsana                    C.   takhta
B.       pelamin                           D.   istana

26.    26.  Dua orang anak tempatan telah terpilah sebagai ________ bagi meneroka angkasa lepas.
A.       sasterawan                     C.   budayawan
B.       sukarelawan.                  D.   angkasawan

27.    27.  Pasukan antibom telah memusnahkan ________ yang tertanam di sempadan negara Thailand.
A.       periuk belanga                C.   periuk api
B.       periuk kera                      D.  bunga api

28.   28.   Hampir semua ________ yang berniaga secara haram itu telah disaman oleh pihak berkuasa.
A.       penjaga                           C.   penjaja
B.       pengawal                        D.  pelayan

29.   29.   Keluarga Sara menyambut kedatangan _______ dengan mesra.
A.       lelabah                            C.   tetikus
B.       tetamu                            D.   bebola


KATA NAMA

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian